Saturday, September 12, 2009

Novel: Tak Kenal Maka Tak Cinta 2

Seperti yang Ain selalu perkatakan dalam novel ini: Hairi!! Kau anak hantu!!
Tapi.. pada masa yang sama, Hairi jugalah yang menyelamatkannya...

Tak Kenal Maka Tak Cinta kembali lagi buat kali ke-2. Adam asyik demam. Ain pula selalu menangis. Tak Kenal Maka Tak Cinta 2 sendiri mempunyai keunikannya tersendiri.

Ain, Adam, Alia dan Hairi kembali lagi setelah dua minggu bercuti. Tanpa disangka-sangka, datang seorang lagi dari 'puak' Adam Fahmi ke sekolah itu. Siapa? Mira. Mira merupakan bakal tunang Adam. Dalam pada itu, dia cuba untuk menjauhkan Ain dari Adam. Tidak sampai beberapa minggu bersekolah, Adam , sakit. Demam. Setelah Adam pengsan, dia dibawa ke bilik rawatan. Di sana, Ain bertemu dengan seorang lagi jejaka yang cuba untuk menawan hatinya, Khairul.

Masih menjadi misteri bagaimana Khairul boleh datang ke bilik sakit Adam sedangkan yang lain tidak. Hanya orang penting sahaja yang dibenarkan seperti Mira, Hairi dan Ain. Apa-apa pun, Adam sangatlah meluat apabila melihat gaya dan cara Khairul ingin mengurat Ain. Sememangnya Khairul sangat sukakan Ain.

Ain tidak memberi jawapan kepada Khairul sama ada dia sukakan dia atau tidak. Tambahan pula, Khairul sudah memberi nickname untuk Ain, iaitu : Fini. Ya. Saya amat setuju dengan Adam. Lain nama Fini dengan personaliti Ain. Tidak bersesuaian. (Jangan marah ye, Chidori!)

Ketika dalam tempoh masa dimana Adam tidak melayan Ain, seekor burung merpati bernama Quartes hantaran dari M3, seorang jejaka misteri (disuspek Khairul), yang ingin berkenalan dengan Ain. Ain pada mulanya , walaupun gembira menerima surat misteri itu, tidak membalasnya. Walau bagaimanapun, setelah 'bergaduh' dengan Adam, dia membalas kembali surat itu.

Alia pula cuba meyakinkan Ain bahawa dia sukakan or cintakan Adam. Ain tetap tidak mahu mengaku. Hanya berkata dia sukakan Abang Imran. Tetapi, setelah Puan Rohayu, Mama Adam, datang, sikap Adam serta-merta berubah. Menjadi lain. Pada hari terakhir Adam berada di sekolah itu, akhirnya, Ain meluahkan rasa cintanya dihadapan Puan Rohayu terhadap Adam. Hairi dan Mira juga turut berada di situ. Serta-merta Ain dipeluk oleh Adam. Adam ternyata gembira kerana Ain membalas cintanya. Walaupun begitu, ada lagi yang mencemburuinya...

-------------

Tahniah, Chidori! Anda berjaya menambahkan lagi seri kepada novel : Tak Kenal Maka Tak Cinta ini! Watak Alia lebih menyerlah kali ini berbanding sebelumnya. Anda ada bertanya, skala markah ingin diberi berapa, saya dengan yakinnya menjawab,

E. 100%

... Masih ada lagi kesilapan ayat di situ tetapi saya tetap faham apa yang ingin disampaikan oleh Cik Chidori kita ini. Seri Tak Kenal Maka Tak Cinta 2 ini lebih bertambah dengan watak-watak baru seperti Mira dan juga Khairul. Saya akan ternanti-nantikan Tak Kenal Maka Tak Cinta 3. Well Done , Chidori!

10 stars,
PPK..
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This

0 comments:

Post a Comment