Thursday, September 10, 2009

Novel: Tak Kenal Maka Tak Cinta 1

Tipu sekiranya saya mengatakan bahawa novel ini lapuk, pernah dibaca dan bosan. Jika saya katakan begitu, memang tipu belaka!

Cerita ini mengisahkan tentang Ain Syafini yang baru sahaja masuk ke sekolah baru, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Putri. Baru sahaja sampai di sekolah itu, dia sudah pun bertemu dengan lelaki paling digeruni, kacak, popular, bijak, digilai ramai perempuan tetapi sombong. Ain Syafini, seorang yang amat benci pada lelaki yang suka berlagak sombong. Apabila terserempak sebegitu, sudah sememangnya dia akan melawan kembali. Nasib baik pergaduhan ini tidak terbawa-bawa kerana Hairi, sepupu dan juga best friend Adam. Alia, sebilik dengan Ain , seorang yang amat periang dan sukakan Hairi.

Ketika Ain dalam mood yang tidak berapa bagus, dia di "serang" oleh beberapa pelajar senior dan Adam ada pada masa itu. Walau bagaimanapun, dia tidak langsung melayan mereka malah meninggalkan Ain sebegitu sahaja. Tetapi, datang dua lagi senior, Amirul dan Diana bertindak sebagai superhero Ain ketika masa itu, menyelamatkannya dari mereka. Tidak lama kemudian, Ain terserempak/terlanggar dengan seorang lagi pelajar senior yang baginya, amat handsome. Ain terus sahaja meminati lelaki itu dan membuatkan ( pada pendapat saya, ) Adam jealous.

Walau bagaimanapun, Imran , jejaka yang diminati Ain, menolak cintanya kerana meminati perempuan lain. Ain meluahkan segalanya kepada Adam, menambahkan yang dia kecewa dengan Imran. At the end, tiba masa cuti sekolah selama dua minggu, tak silap saya. Ain dengan mood yang riang ingin pulang manakala Adam tidak. Adam akhirnya meluahkan perasaannya pada Ain bahawa dia amat menyukainya. NO, " HE LOVES HER " . Ain : Speechless..

----

Ia mengambil masa dua hari untuk saya membaca novel ini. Tapi apa yang saya ingin katakan, Its Worth It! Ya, memang ada sedikit grammatical error tetapi ia tidak merosakkan cerita ini. Saya boleh katakan, dari 10 stars, saya bagi ..

10/10 ...

Sekarang baru saya tahu mengapa ada sampai dua sambungannya, Tak Kenal Maka Tak Cinta 1,2,3.. Saya tidak sabar mahu membaca Tak Kenal Maka Tak Cinta 2 , 3 dan saya pasti, ia pasti gempak! Tahniah, Chidori!

PPK,,,

p/s: Tak lama lagi, anda akan menerima sebuah Teddybear dan Duit Raya RM1. (Maklumlah, pelajar baru lagi ) . Tetapi, ini untuk ketiga-tiga cerita ye!
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This

0 comments:

Post a Comment