Thursday, December 3, 2009

Cerpen: You're Belong With Me + Behind The Scenes

Tajuk cerpen ini membuatkan ramai pembaca yang ingin membaca cerpen Dina. Tajuk yang teramat Special, You Belong With Me. Menarik, tetapi apabila membaca, isinya agak terabur bagi saya.

Cerita dimulakan dengan perbualan antara 3 sahabat, Eizza si lelaki lembut, Mia perempuan melayu sejati dan Alia yang sering menjadi igauan ramai. Eizza mempunyai cerita tersendiri mengapa dia seorang lelaki lembut. Kemudian, Haikal Fahimi ataupun Jejaka Idaman Malaya diperkenalkan. Haikal amat meminati Mia dan dia juga mempunyai nickname buat Mia yang tidak berapa Mia sukai iaitu Lissa. 

Tak lama selepas peristiwa Haikal meminta nombor telefon Mia, dia ternampak kejadian yang berlaku diantara Azriel dan Mia. Azriel juga melakukan perkara yang sama dengannya, meminta nombor telefon Mia. Cuma bezanya kali ini, Mia memberi nombornya. Mia juga memberikan alasan kepada rakan-rakannya sebab dia tidak mahu memberi nombor telefon kepada Haikal adalah kerana Haikal seorang playboy. Mengapa dia setuju memberi number kepada Azriel masih dalam tanda tanya.

Beberapa hari , Azriel yang terkenal sebagai playboy itu me'text' Mia menyuruh dia ke library. Mia hanya akur dan setuju sahaja. Tidak disangka-sangka, Azriel cuba untuk menciumnya. Belum sempat dia melakukan  perbuatan yang dilaknat itu, serangan datang dari seorang jejaka hensem tak lain tak bukan,,, Haikal. Dan pada saat itu juga, dia melafazkan perkataan sayang kepada Mia. 

Beberapa tahun kemudian, Mia call Alia, rakan karibnya menjemput ke majlis perkahwinannya itu. Siapa bakal suaminya pada ketika itu tidak diberitahu. Kata Mia, surprise. Tak lama kemudian, suami Mia muncul. Haikal Fahimi. Siapa sangka sebegitu. Selepas perkahwinan Mia dan Haikal, pertemuan mengejut antara Alia dan Eizzah , tak bukan. Antara Alia dan Akmal membawa mereka berdua ke alam perkahwinan..

---------

Dina, masih lagi ada kekurangan dalam cerpen ini yang PPK yakin, Dina boleh baiki. Sebelum ini, PPK baca (Bukan mengulas) BFF Vacation, bukan main seronok lagi. Cerpen Dina ini mempunyai unsur-unsur lucu, saya amat pasti. Tetapi ia seperti kekurangan sesuatu. Daripada 10 stars,

3/10 ..

Nice. Bunga Ros bagi anda!
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This

0 comments:

Post a Comment