Thursday, December 3, 2009

Cerpen: You're Belong With Me + Behind The Scenes

Tajuk cerpen ini membuatkan ramai pembaca yang ingin membaca cerpen Dina. Tajuk yang teramat Special, You Belong With Me. Menarik, tetapi apabila membaca, isinya agak terabur bagi saya.

Cerita dimulakan dengan perbualan antara 3 sahabat, Eizza si lelaki lembut, Mia perempuan melayu sejati dan Alia yang sering menjadi igauan ramai. Eizza mempunyai cerita tersendiri mengapa dia seorang lelaki lembut. Kemudian, Haikal Fahimi ataupun Jejaka Idaman Malaya diperkenalkan. Haikal amat meminati Mia dan dia juga mempunyai nickname buat Mia yang tidak berapa Mia sukai iaitu Lissa. 

Tak lama selepas peristiwa Haikal meminta nombor telefon Mia, dia ternampak kejadian yang berlaku diantara Azriel dan Mia. Azriel juga melakukan perkara yang sama dengannya, meminta nombor telefon Mia. Cuma bezanya kali ini, Mia memberi nombornya. Mia juga memberikan alasan kepada rakan-rakannya sebab dia tidak mahu memberi nombor telefon kepada Haikal adalah kerana Haikal seorang playboy. Mengapa dia setuju memberi number kepada Azriel masih dalam tanda tanya.

Beberapa hari , Azriel yang terkenal sebagai playboy itu me'text' Mia menyuruh dia ke library. Mia hanya akur dan setuju sahaja. Tidak disangka-sangka, Azriel cuba untuk menciumnya. Belum sempat dia melakukan  perbuatan yang dilaknat itu, serangan datang dari seorang jejaka hensem tak lain tak bukan,,, Haikal. Dan pada saat itu juga, dia melafazkan perkataan sayang kepada Mia. 

Beberapa tahun kemudian, Mia call Alia, rakan karibnya menjemput ke majlis perkahwinannya itu. Siapa bakal suaminya pada ketika itu tidak diberitahu. Kata Mia, surprise. Tak lama kemudian, suami Mia muncul. Haikal Fahimi. Siapa sangka sebegitu. Selepas perkahwinan Mia dan Haikal, pertemuan mengejut antara Alia dan Eizzah , tak bukan. Antara Alia dan Akmal membawa mereka berdua ke alam perkahwinan..

---------

Dina, masih lagi ada kekurangan dalam cerpen ini yang PPK yakin, Dina boleh baiki. Sebelum ini, PPK baca (Bukan mengulas) BFF Vacation, bukan main seronok lagi. Cerpen Dina ini mempunyai unsur-unsur lucu, saya amat pasti. Tetapi ia seperti kekurangan sesuatu. Daripada 10 stars,

3/10 ..

Nice. Bunga Ros bagi anda!

Ke Mana PPK menghilang??

Salam PPK ucapkan buat semua.
Pertama-tama sekali, PPK memohon ampun maaf kerana tidak mengupdate dan menyambung kritikan novel dan cerpen.  PPK menghilang ni, pergi ke mana?
PPK selama ini busy. Sorry sangat-sangat.. Insha-allah, PPK akan menyambung kembali 'tugas' PPK sebagai pengkritik di Penulisan Kreatif.

Salam,
PPK.

Tuesday, September 15, 2009

Makluman Lagi..

Perhatian kepada semua pembaca dan follower blog ini, Pengkritik Penulisan Kreatif akan off buat sementara kerana musim raya nak dekat. Oleh itu, novel dan cerpen yang belum dikritik tu, sabarlah dulu ..

Dekat kampung, tak ada internet. Jadi tak boleh nak ulas. Harap maaf. Dan juga maklum.

PPK..

Saturday, September 12, 2009

Makluman!!

Dimaklumkan kepada semua yang sedang membaca sebaris ayat ini, Tak Kenal Maka Tak Cinta 3! : ulasannya , akan ditangguhkan kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta 3 masih lagi dalam proses penulisan. Jadi, saya akan straight to: Aku Bukan Cinderella 1.

Dan, saya juga akan mengulas ( tambahan ) novel/cerpen yang di 'request' iaitu:

~ The Cutebabes
=oleh NinaSweet97

.. Dan kepada Khalida, saya harap awak tolong tuliskan apa nama tajuk cerpen awak itu. Saya perlu tahu nama cerpen itu sekiranya mahu mengulas tentangnya.

Sekian, PPK.

Novel: Tak Kenal Maka Tak Cinta 2

Seperti yang Ain selalu perkatakan dalam novel ini: Hairi!! Kau anak hantu!!
Tapi.. pada masa yang sama, Hairi jugalah yang menyelamatkannya...

Tak Kenal Maka Tak Cinta kembali lagi buat kali ke-2. Adam asyik demam. Ain pula selalu menangis. Tak Kenal Maka Tak Cinta 2 sendiri mempunyai keunikannya tersendiri.

Ain, Adam, Alia dan Hairi kembali lagi setelah dua minggu bercuti. Tanpa disangka-sangka, datang seorang lagi dari 'puak' Adam Fahmi ke sekolah itu. Siapa? Mira. Mira merupakan bakal tunang Adam. Dalam pada itu, dia cuba untuk menjauhkan Ain dari Adam. Tidak sampai beberapa minggu bersekolah, Adam , sakit. Demam. Setelah Adam pengsan, dia dibawa ke bilik rawatan. Di sana, Ain bertemu dengan seorang lagi jejaka yang cuba untuk menawan hatinya, Khairul.

Masih menjadi misteri bagaimana Khairul boleh datang ke bilik sakit Adam sedangkan yang lain tidak. Hanya orang penting sahaja yang dibenarkan seperti Mira, Hairi dan Ain. Apa-apa pun, Adam sangatlah meluat apabila melihat gaya dan cara Khairul ingin mengurat Ain. Sememangnya Khairul sangat sukakan Ain.

Ain tidak memberi jawapan kepada Khairul sama ada dia sukakan dia atau tidak. Tambahan pula, Khairul sudah memberi nickname untuk Ain, iaitu : Fini. Ya. Saya amat setuju dengan Adam. Lain nama Fini dengan personaliti Ain. Tidak bersesuaian. (Jangan marah ye, Chidori!)

Ketika dalam tempoh masa dimana Adam tidak melayan Ain, seekor burung merpati bernama Quartes hantaran dari M3, seorang jejaka misteri (disuspek Khairul), yang ingin berkenalan dengan Ain. Ain pada mulanya , walaupun gembira menerima surat misteri itu, tidak membalasnya. Walau bagaimanapun, setelah 'bergaduh' dengan Adam, dia membalas kembali surat itu.

Alia pula cuba meyakinkan Ain bahawa dia sukakan or cintakan Adam. Ain tetap tidak mahu mengaku. Hanya berkata dia sukakan Abang Imran. Tetapi, setelah Puan Rohayu, Mama Adam, datang, sikap Adam serta-merta berubah. Menjadi lain. Pada hari terakhir Adam berada di sekolah itu, akhirnya, Ain meluahkan rasa cintanya dihadapan Puan Rohayu terhadap Adam. Hairi dan Mira juga turut berada di situ. Serta-merta Ain dipeluk oleh Adam. Adam ternyata gembira kerana Ain membalas cintanya. Walaupun begitu, ada lagi yang mencemburuinya...

-------------

Tahniah, Chidori! Anda berjaya menambahkan lagi seri kepada novel : Tak Kenal Maka Tak Cinta ini! Watak Alia lebih menyerlah kali ini berbanding sebelumnya. Anda ada bertanya, skala markah ingin diberi berapa, saya dengan yakinnya menjawab,

E. 100%

... Masih ada lagi kesilapan ayat di situ tetapi saya tetap faham apa yang ingin disampaikan oleh Cik Chidori kita ini. Seri Tak Kenal Maka Tak Cinta 2 ini lebih bertambah dengan watak-watak baru seperti Mira dan juga Khairul. Saya akan ternanti-nantikan Tak Kenal Maka Tak Cinta 3. Well Done , Chidori!

10 stars,
PPK..

Mahu Saya Mengkritik Novel/Cerpen Anda?

Adakah anda mahu saya mengkritik novel atau cerpen anda? Tiada masalah. Tetapi, sebaik-baiknya, novel atau cerpen ini mestilah::

~ Sudah habis ditulis (pertengahan pun tidak mengapa )
~ Senang mahu mencarinya ( seelok-eloknya biarlah yang dekat 1st atau 2nd page )

Dua saja syaratnya. Yang lain, apabila saya rajin untuk mencari cerpen yang menarik titlenya, saya akan pergi ke belakang sekali. Okey? Tapi, jikalau mahu inform kan saya, anda bolehlah::

~ PM saya, di SSB.
~ Emel saya : pengkritik_pkssb@yahoo.com
~ Comment post ini atau mana-mana post

Kalau jadi follower saya pun lebih bagus. Lebih senang mahu tahu, novel anda sudah dikritik ke belum. Kalau boleh, follow lah.

Salam, (mahu menyambung baca Tak Kenal Maka Tak Cinta 2! )
PKK

p/s: harapnya, khalida sudah dapat notis ini.

Thursday, September 10, 2009

Novel: Tak Kenal Maka Tak Cinta 1

Tipu sekiranya saya mengatakan bahawa novel ini lapuk, pernah dibaca dan bosan. Jika saya katakan begitu, memang tipu belaka!

Cerita ini mengisahkan tentang Ain Syafini yang baru sahaja masuk ke sekolah baru, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Putri. Baru sahaja sampai di sekolah itu, dia sudah pun bertemu dengan lelaki paling digeruni, kacak, popular, bijak, digilai ramai perempuan tetapi sombong. Ain Syafini, seorang yang amat benci pada lelaki yang suka berlagak sombong. Apabila terserempak sebegitu, sudah sememangnya dia akan melawan kembali. Nasib baik pergaduhan ini tidak terbawa-bawa kerana Hairi, sepupu dan juga best friend Adam. Alia, sebilik dengan Ain , seorang yang amat periang dan sukakan Hairi.

Ketika Ain dalam mood yang tidak berapa bagus, dia di "serang" oleh beberapa pelajar senior dan Adam ada pada masa itu. Walau bagaimanapun, dia tidak langsung melayan mereka malah meninggalkan Ain sebegitu sahaja. Tetapi, datang dua lagi senior, Amirul dan Diana bertindak sebagai superhero Ain ketika masa itu, menyelamatkannya dari mereka. Tidak lama kemudian, Ain terserempak/terlanggar dengan seorang lagi pelajar senior yang baginya, amat handsome. Ain terus sahaja meminati lelaki itu dan membuatkan ( pada pendapat saya, ) Adam jealous.

Walau bagaimanapun, Imran , jejaka yang diminati Ain, menolak cintanya kerana meminati perempuan lain. Ain meluahkan segalanya kepada Adam, menambahkan yang dia kecewa dengan Imran. At the end, tiba masa cuti sekolah selama dua minggu, tak silap saya. Ain dengan mood yang riang ingin pulang manakala Adam tidak. Adam akhirnya meluahkan perasaannya pada Ain bahawa dia amat menyukainya. NO, " HE LOVES HER " . Ain : Speechless..

----

Ia mengambil masa dua hari untuk saya membaca novel ini. Tapi apa yang saya ingin katakan, Its Worth It! Ya, memang ada sedikit grammatical error tetapi ia tidak merosakkan cerita ini. Saya boleh katakan, dari 10 stars, saya bagi ..

10/10 ...

Sekarang baru saya tahu mengapa ada sampai dua sambungannya, Tak Kenal Maka Tak Cinta 1,2,3.. Saya tidak sabar mahu membaca Tak Kenal Maka Tak Cinta 2 , 3 dan saya pasti, ia pasti gempak! Tahniah, Chidori!

PPK,,,

p/s: Tak lama lagi, anda akan menerima sebuah Teddybear dan Duit Raya RM1. (Maklumlah, pelajar baru lagi ) . Tetapi, ini untuk ketiga-tiga cerita ye!

Wednesday, September 9, 2009

Kritik , Kritik dan Kritik!!

Hai dan Selamat Datang ke Blog Rasmi PengKritik ini. Pengkritik ini bakal membahaskan dirinya sebagai..

PPK .. bermaksud:: Pengkritik Penulisan Kreatif

Kritikan yang bakal dipaparkan di blog ini , harap bersabar jika kritikan ia teruk. Memberikan anda peluang yang lebih untuk improve penulisan anda. Tetapi! Jikalau PPK sukakan Novel/Cerpen anda di SSB, anda bernasib baik dan bakal mendapat GIFT! Me di Profil anda..
So.. Jikalau anda masih tertanya-tanya.. Jangan lah tanya diri sendiri.. Tanyalah saya..


Harap Bersabar,

PKK.